Prune variati Ruby Sun telah dibeli dari hypermarket apabila pergi beli barang dapur. Selepas prune dimakan, bijinya telah dikeringkan dan diketuk pecah dengan menggunakan lesung. Saya hanya dapat simpan satu biji sebab yang lain telah dibuang oleh anak.
Biji benih tersebut telah dimasukkan dalam beg plastik aiskrim berserta dengan kertas tisu lembap dan dibiarkan dalam peti sejuk.
Kalau ikut rekod, saya telah letak dalam peti sejuk pada 26/3/2023 dan apabila diperiksa pada 21/4/2023, iaitu sehari sebelum hari Raya, biji benih telah mengeluarkan akar putih menandakan telah sesuai untuk disemai dalam pasu.
Biji benih prune ini akan disemai semasa cuti Raya ini dan harap boleh bercambah seperti pokok lain.