Rabu, 25 Mei 2022

PERKONGSIAN GAMBAR BUAH TIN BLACK GENOA

 Ini merupakan buah dari pokok tin black Genoa yang ditanam dalam pasu kedai RM2 dengan kaedah hydropot.  Pokok tidaklah besar sangat, tetapi bolehlah juga merasa buah tin black Genoa.  Jenis buah masak merah tetapi kena petik bila dah masak.  Kalau dibiarkan atas pokok, buah cepat rosak dan tidak boleh dimakan.





                 Buah pada batch sebelum.


Jumaat, 20 Mei 2022

PERKONGSIAN SAIZ BUAH HAMI MELON

 Saya telah menanam Hami melon ini dalam bulan Januari dengan kaedah hydropot atau kratky method.  Pendebungaan dijalankan secara manual, oleh sebab kekurangan masa dan hanya dapat uruskan pada awal pagi di mana bunga belum kembang, jadi pendebungaan hanya berjaya agak lambat.  Jadi, buah menjadi di bahagian agak jauh dari pangkal pokok.  Kekurangan bila buah menjadi bukan si bahagian dekat dengan pangkal adalah adanya kemungkinan buah tidak sempat masak sebelum pokok menjadi lemah dan mati.  

Beginilah yang terjadi pada buah Hami melon ini.  Jadi, buah hanya sekadar cukup ranggup dengan warna pudar walaupun saiz adalah memuaskan.

Saya kongsikan gambar buah yang dipetik seperti di bawah: