Sabtu, 2 Mei 2020

PENGALAMAN MENANAM BUAH MUSK MELON PUSINGAN 2

Untuk pusingan penanaman musk melon ke 2, setelah mengambil pengalaman daripada pusingan 1, sedikit pengubahsuaian telah dijalankan.

1.  Pasu tanaman telah digantikan dengan pasu orkid dengan banyak lubang di tepi pasu supaya pertumbuhan akar musk melon tidak terhalang dengan hanya sedikit lubang air pada pasu bunga biasa.

2.  Mengalihkan tanaman di lokasi yang boleh kena cahaya matahari semaksimumnya.

3.  Mengambil pengalaman penanaman melon dari you tube. 

4.  Bagi sesiapa yang alegi terhadap bulu pokok melon, sila pakai baju lengan panjang sebelum menguruskan pokok bagi mengelakkan gatal gatal pada tangan.

Musk melon telah ditanam pada permulaan PKP dan telah mula berbunga pada hujung bulan April.  Pada 30hb April 2020, pendebungaan tangan telah dilakukan memandangkan lokasi tanaman tiada agen pendebungaan.  Kaedahnya adalah seperti dibawah:



 Bunga betina dengan rupa bentuk buah atau perut buncit akan mula berbunga pada awal pagi.
 Rupa bentuk bunga jantan musk melon.
Petik bunga jantan, buangkan petal bunga jantan untuk mendedahkan debunga di dalam.


Dengan hati-hati, sapukan debunga pada bunga betina dekat dengan stigmanya untuk membolehkan pendebungaan berlaku.  Bagi memastikan kejayaan, saya telah menyapukan 3 bungan jantan kepada 1 bunga betina.

Setelah selesai pendebungaan tangan, kita kena tunggu beberapa hari, sekiranya berjaya, buah akan lekat dan membesar dan sekiranya gagal, buah akan menjadi rosak dan gugur.

Pada 7/5/2020, saya telah membuangkan buah yang kecil dan tinggalkan buah yang besar.  Adalah disyorkan supaya setiap pokok hanya ditinggalkan sebiji buah supaya buah menjadi besar.

Pada 23/5/2020, buah sudah separuh bertukar warna dari hijau ke kuning keemasan seperti gambar di bawah.  Setiap hari saya akan tambah 1.25l hingga 2.75l air baja hidrophonik kepada botol air mineral yang digunakan bergantung kepada keadaan cuaca bagi mengelakkan tanah daripada terlampau kering.



Saya akan kongsikan lagi hasil pusingan ini sekiranya ada masa lapang mengambil gambar melon yang dihasilkan.