Isnin, 1 Januari 2018

PERKONGSIAN CARA MUDAH UNTUK BUAT SIFON AQUARIUM IKAN MINI

Kebelakangan ini, disebabkan sudah pindah duduk apartment dan sudah tiada tanah yang bersesuaian untuk melakukan aktiviti pertanian secara konsisten, maka, saya telah mulakan dengan hobi yang tidak memerlukan ruang yang banyak, iaitu membela lumut (aquatic moss)  dalam aquarium 2 kaki dengan udang hiasan  (red cherry shrimp). Masalah yang dihadapi adalah setiap kali nak tukar air, bila pakai sifon yang dibeli dari MR DIY, isipadu yang banyak telah disedut keluar sebelum sempat nak keluarkan kotoran di dalam akuarium dan penukaran air kenalah banyak.  Daripada masalah ini, timbullah idea saya untuk membuatkan satu mini sifon untuk menyedutkan kotoran dalam akuarium tanpa memerlukan membuangkan kuantiti air yang banyak bagi tujuan penjimatan air (Duduk apartment, bil air memang lebih mahal daripada rumah teres biasa) selain 

Bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah:
  1. Tiub getah untuk air pump akaurium - kena ukur berapa panjang yang diperlukan untuk menyalurkan daripada dasar akuarium ke baldi.
  2. Rod besi atau apa-apa bahan yang keras dan boleh menyokong tiub getah
  3. Picagari -seelok-eloknya yang berisipadu besar 
  4. Getah

Cara membuat dan mengguna:
  1. Ukur panjang tiub getah supaya cukup untuk menyalurkan air dari dasar akuarium ke dalam baldi
  2. Ikatkan tiub getah pada rod besi dengan getah supaya tiub getah tidak lembik semasa menyedup kotoran.  Sebelah tiub getah ini akan berfungsi sebagai inlet untuk air kotor masuk ke dalam tiub.
  3. Pasangkan picagari pada sebelah tiub getah yang  akan dijadikan outlet untuk air kotor keluar ke baldi
  4. Dah siap semua, bolehlah mulakan operasi dengan menarik keluar handle picagari sehingga habis, sedutan daripada picagari akan menyebabakan tarikan graviti yang seterusnya akan mengalirkan air keluar dari akuarium ke dalam baldi.
  5. Dengan bantuan rod besi, mulakan operasi menyedut kotoran air dalam akuarium sehingga kita puas bahawa kebanyakan kotoran telah dikeluarkan.
  6. Dengan sedutan isipadu air yang sedikit, lebih banyak kotoran dapat dikeluarkan selain tidak mengganggu sangat udang yang dibela dalam akuarium.
 Sebelah outlet yang dicadangkan picagari.  Boleh cabutkan picagari setelah pemegang picagari dicabut untuk melancarkan aliran air.
Sebelah inlet tiub getah yang telah diikat pada rod besi.
Sekian, cara saya membuat mini sifon untuk akuarium kecil.  Harap bermanfaat untuk semua.