Jumaat, 7 April 2017

PERCUBAAN UNTUK MENANAM ROCK MELON DALAM KOTAK POLYSTYLENE

Rock melon yang ditanam berasal dari biji benih rock melon fertigasi yang diambil ketika pameran MAHA 2016 berlangsung.  Saya telah menggunakan kotak polystylene untuk menanamnya di belakang kuarters di mana saya duduk.  Benih rock melon telah bercambah dan tumbuh dengan sihatnya walaupun bukannya dengan kaedah fertigasi pada pertingkat permulaan cuma dengan keadaan daun yang agak kecil berbanding dengan rock melon fertigasi.  Pada akhirnya, rock melon tersebut telah berjaya berbunga.  Bunganya warna kuning dan kecil.  Pada peringkat awal berbunga, semua bunga yang dihasilkan merupakan bunga jantan dan lepas seketika barulah rock melon ini menghasilkan bunga betina.  Daripada bunga tersebut terhasillah rock melon yang kini masih tergantung atas pokok.  Sekarang pokok telah menunjukkan simtop penuaan walaupun rock melon tersebut belum besar dan masak.  Saiz rock melon yang dihasilkan pun kecil sahaja, sekarang lebih kurang saiz bola tenis saja.

Pokok rock melon ini tak lah subur sangat dengan penggunaan baja biasa namun boleh berbunga dan membuahkan hasil.


Rock melon saiz bola tenis yang masih gantung atas pokok dengan keadaan rotannya yang telah menunjukkan kesan layu.



Dua biji rock melon kecil yang terhasil kemudian dan pada pendapat saya memang tiada peluang untuk besar memandangkan rotan sudah mula layu.

Harap-harap rock melon ini boleh dimakan bila masak.

Ahad, 1 Januari 2017

SEKADAR BERKONGSI: POKOK BLUE BERRY DI MALAYSIA

Saya telah jumpa satu pokok blue berry yang telah berbuah ketika berjalan-jalan di gerai jual benih pokok ketika MAHA 2016 yang baru baru ini.  Apabila ditanya, tuan gerai kata blue berry ini dari New Zealand dan sekarang benihnya masih tiada lagi. Di sini saya kongsikan gambar blue berry tersebut.