Saya mengikut arahan yang telah dicetak atas pasu kecil starter kit tersebut, iaitu, mula-mula, rendamkan biji benih dalam air selama 1 malam, dan pada keesokan harinya baru disemai di dalam pasu kecil yang dibekalkan. Dan selepas 2 hari, biji benih african violet sudah mula bercambah.
Biji benih yang telah bercambah. Tarikh semaian adalah 15/7/16.
Benih african violet pada 28/8/2016, tetapi, saya rasa benih ini bukan african violet dari segi rupa bentuknya. Mungkin kena tunggu benih ini besar sedikit lagi baru boleh kenalpasti.