Beginilah cara saya:
1. Tarik paper tape dalam anggaran panjang 3-4x ganda ukur lilit batang pokok yang akan ditag. Yang ini merupakan bahagian 1.
2. Ambil muncung paper tape dan lekatkan pada pangkalnya untuk membahagikan paper tape tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang.
3. Lipat dan lekatkan paper tape tadi sesama diri supaya wujudnya dua muka yang tidak melekat. Bahagian 1 ini akan digunakan untuk melilit pada batang pokok, jadi saiznya kena lagi panjang daripada ukur lilit batang pokok.
4. Tarik lagi paper tape dalam panjang 6". Bahagian ini dikenali sebagai bahagian 2.
5. Lipatkan dan lekatkan bahagian 2 ini seperti yang dibuat pada bahagian 1. Bahagian 2 akan digunakan untuk menuliskan nama pokok.
6. Keadaan tape setelah kedua-dua bahagian dilipat dan dilekat.
7. Tuliskan nama pokok dan tarikh tanam pada Bahagian 2 seperti gambar diatas dengan permanent marker.
8. Tarik keluar bahagian 3 dengan panjang 1"-2". Bahagian ini akan digunakan untuk melekatkan bahagian 1 pada pokok.
9. Gunting keluar bahagian 3 dengan gunting.
10. Lingkungkan bahagian 1 pada batang pokok supaya bertemu pada bahagian 3. Selaraskan tag dan lekatkan bahagian 3 pada bahagian 1.
11. Tag yang telah siap ditag pada batang pokok dengan bahagian 1 yang agak longgar bagi memberi ruang untuk batang pokok untuk membesar.
Sekian cara membuat tag DIY mudah untuk melabelkan pokok kesayangan dan selamat mencuba.