Muzium tentera darat di Port Dickson merupakan sebuah muzium yang percuma. Semua orang boleh masuk melawat dan melihatkan sejarah tentera darat di Malaysia dari permulaan pertubuhannya sehingga ke masa kini. Merupakan satu tempat yang amat berinformasi. Sekiranya diteliti dan dibaca habis semua maklumat yang dipaparkan, saya rasa perlukan 1 hari. Kalau sekadar jalan-jalan ambil gambar macam saya, lebih kurang dalam 2 - 3 jam sudah cukup. Satu tempat yang memang berbaloi untuk melawat.
Sejarah Kesultanan Melayu Melaka
Bangunan pameran barang-barangan bersejarah.
Motorsikal polis tentera yang pernah digunakan.
Kereta kebal.
Bomb zaman Jepun.
Decompression chamber untuk penyelam.
Tentera zaman koloni
Basikal lama yang digunakan.
Pakaian tentera Malaysia ketika menjalankan tugas PBB.
Sejarah menentang komunis. Terowong itu sebenarnya boleh masuk, tetapi masa pergi, lampu tak ada, jadi saya tak masuk ke dalam.
Kem tentera ? Minta maaf jika salah. Sebab tiada papan tanda.
Titi gantung yang masih boleh digunakan tetapi sila guna atas risiko sendiri.
Kapal terbang dan helicopter yang pernah digunakan.